Antologi Puisi: Muara Pahlawan
Author:
Hasif Hamsyari
Genre:
»
buku puisi
Rating
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dan Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)
Penyelenggara:
Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar
Puan Hajah Rohayah binti Haji Abu
Tahun terbitan : 2009
Status: Edaran penerbit sahaja
Ulasan :
Kembali menyelami akar budaya Melayu melalui puisi-puisi Melayu lama dan mendalami mesej dalam puisi-puisi moden yang terkumpul dalam antologi istimewa ini. Antologi ini memuatkan hampir 150 puisi Melayu merangkumi nazam, syair, gurindam dan sajak.
Puisi-puisi ini dikumpulkan sepanjang bengkel-bengkel anjuran ISMMA dengan kerjasama DBPWS diadakan seperti Bengkel Menghayati Puisi Melayu Lama, Program Perkampungan Puisi Kanak-Kanak dan Remaja 2006 hingga 2008 dan Kembara Puisi Kemerdekaan ke negeri-negeri tertentu iaitu Perak (2006), Johor (2007) dan Pahang (2008). Dua buah puisi Hasif Hamsyari disiarkan di dalam antologi ini.
Antologi Puisi Muara Pahlawan ini juga diterbitkan dengan kerjasama Lembaga Bahasa Melayu Melaka dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka.
Posted by Hasif Hamsyari
Posted on
Ogos
15