Kopi Manis

    Author: Hasif Hamsyari Genre: »
    Rating


    Judul: Kopi Manis
    Penerbit: KarnaDya Solutions
    Genre: Komedi Remaja/Kekeluargaan
    Terbitan: April 2012

    Status: Dijual di kedai buku seluruh Malaysia

    Versi e-book: KLIK SINI

    Sinopsis:

    Badan Fayyadh sudah bergerak-gerak. Remaja lelaki itu menggosok kedua-dua belah matanya. Dari pembaringan itu, dia duduk diam seketika, menghilangkan mamai selepas tidur sebelum menghantar pandangan pada Kopi yang mengiau nyaring.

    Ketika memandang hadapannya, mata Fayyadh terbuntang dan dia serentak terdorong ke belakang. Dia memerhatikan keadaannya sendiri yang tidak berbaju. Gebar katil lekas ditarik lalu ditutup tubuhnya dengan gebar itu.

    Kirana waktu itu sudah hilang ikhtiar. Dia terkaku.

    "Kau tunggu apa lagi? Keluar!!!"

    Kematian ibu bapanya menyebabkan Kirana menetap di bawah satu bumbung dengan musuh yang merupakan sepupunya, Fayyadh dan dipanggilnya 'serama'. Bagaimana sepupunya yang 'kejam' itu berubah menjadi seorang pendiam dan suka menyendiri?

    "Sekeras-keras hati saya pun terhadap awak, saya tetap akan mengakui awak sebagai sepupu saya." - Kirana